Monday 25 June 2012

ISU HALAL Tiada Penghujung..


as salamualai'kum

apa itu keserasian Halal dengan Agama lain yer!!!
 


Sebenarnya halal merupakan kayu ukur yang bersumberkan syariat islam secara mutlak dan semestinya bertentangan dengan amalan masyarakat Barat dan Asia yang tidak bercirikan islam.

kebanyakkan perkara-perkara yang melibatkan Halal-Haram makanan pada Asasnya dalam agama islam, agama samawi (kristian) dan yahudi (ahli kitab) ini tidak jauh berbeza !

Pada Dasarnya yang jelas Al-Quran memberi pengiktirafan bahawa makanan Ahli kitab adalah Halal bagi orang islam dan makanan orang islam halal bagi mereka (al-Maidah:5)

Tetapi apa yang berlaku! penganut mereka memprotes teks asal agama mereka..
Contoh nya : Daging babi, Binatang yang tidak di sembelih, Bangkai, dan minuman beralkohol atau arak! ini boleh di rujuk dalam perjanjian lama dan Baru Bibel..Ekoran itu Amerika pernah mengharamkan rakyatnya mengambil arak dan akan dikenakan hukuman berat kepada sesiapa yang ingkarinya pada abad ke-18. Memandangkan ramai rakyatnya suka meminum arak Dan peraturan tersebut telah dibatalkan!


Orang yahudi menamakan makanan Halal mereka sebagai Kosher dan bagi orang kristian tiada nama pengenalan khusus. Penganut Yahudi hari ini dari segi prinsipnya masih berpegang kepada ajarannya mengenai pengambilan makanan. Tetapi dalam sesetengah keadaan makanan Kosher mereka membenarkan penggunaan beralkohol (arak) dan sebarang unsur babi dalam produk makanan! disebabkan ini lah ramai yang gagal memahaminya termasuk mereka yang belajar dalam bidang pengajian islam yang bergantung kpd pembacaan buku-buku dan kitab-kitab sahaja.


Kekeliruan ini timbul disebabkan sesetengahnya tidak memahami antara pengertian Ahli Kitab dan Amalan Kosher di kalangan Yahudi sendiri yang bercanggah dengan syariah Islam!

Selain dari dua agama Samawi yang berpengaruh ini.. Ajaran Confucius yang terkandung dalam Confucian Book Of Rites semenjak ribuan tahun dahulu juga tidak menggalakkan pengikutnya memakan Babi dan Anjing ! dan sesiapa yang mengambilnya dianggap rendah Budi Pekertinya!


Begitu juga ajaran Budhha melarang pengamalnya mengambil sebaran bentuk yang memabukkan seperti yang tercatat dalam The Teaching Of Buddha (Bab 2:iii).

Ajaran hindu juga tidak menimbulkan pertentangan dari segi prinsipnya kerana penganutnya di tuntut hanya memakan sayur-sayuran.
  


Dikalangan vegetarian terutamanya, membenarkan alkohol dalam pemakanan mereka seperti 'Dressing', sos dan pewarna Vanilla...
Malahan ramai di kalangan mereka suka menggunakan arak sebagai bahan resepi dalam masakan.

Menurut Daily Telegraph, London yang di siarkan pada 2001 menyatakan kerajaan Hindu Gujarat India begitu rancak mempromosikan penggunaan air kencing Lembu yang dianggap sebahagian daripada Vegetarian isme krn ia merupakan satu pemberian tuhan..!
Dalam islam penggunaan arak dan air kencing binatang adalah Haram dan Amat bertentangan sekali dalam konsep Halal samada bagi makanan atau minuman..


Sungguhpun Konsep halal ini mempunyai pengertian yang tersendiri yang membezakan dgn yang lain adalah disebabkan berlakunya percanggahan adalah hasil daripada pembawaan penganut agama Samawi mahupun Agama Buddha itu sendiri.

Pendekatan prinsip Halal dalam syariat Islam dapat di terima oleh semua demi kepentingan keselamatan manusia tanpa mengira latar belakang kepercayaan.



Dalam analisis ahli Fiqh Islam.. ajaran Yahudi lebih banyak mengharamkan makanan sehingga mendatangkan kesulitan manakala Ajaran Kristian pula begitu mudah menghalalkan sesuatu secara mutlak!

Diantara dua keterlaluan ini, islam menawarkan kesederhanaan dengan tidak mudah mengharam dan tidak mudah menghalalkan sesuatu..dimana penilaian dibuat berdasarkan syariah demi memelihara kepentingan fitrah manusia...


Thanks for reading this entry !



Tuesday 12 June 2012

MAKANAN SIHAT

As salamualai kum

Mari kita tengok jenis-jenis makanan berkhasiat yang bagus untuk badan kita!

BIJIRIN

Untuk pengetahuan semua, bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding beras putih yang telah diproses. Beras putih yang telah diproses akan menghapus vitamin, zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan dalam badan. Khasiat bijirin adalah meningkatkan tahap imun (ketahanan) dalam diri, merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko diabetes, menghalang obesiti, sakit jantung mengurangkan asma dan bermacam-macam lagi. Antara makanan yang diperbuat dari bijirin adalah roti, pasta,oat dan nestum.

SAYURAN

Ubi keledek lebih kurang kalori berbanding ubi kentang, ianya juga lebih manis dan memiliki vitamin c dan fiber yang diperlukan badan. Ubi keledek juga mampu menghalang dari penyakit kanser, mengurangkan kolestrol dan meningkat ketahanan diri. Banyak kajian menunjukkan ubi keledek lebih berkhasiat berbanding sayuran lain seperti, lobak merah, brokoli dan bayam. Makanan ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga sekitar berusia 6 bulan. Makanan ini memang sesuai untuk makanan pertama bayi.


Cili benggala amat tinggi dengan kandungan vitamin c dan juga merupakan sumber vitamin dan mineral. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari. Cili benggala merah juga amat baik untuk kesihatan.Bayam sangat berkhasiat dimana mengandungi beta karoten, zat besi, kalsium, vitamin B6.


BUAH-BUAHAN

Antara buah buahan yang menjadi pilihan untuk mendapatkan zat yang mencukupi adalah buah pisang, buah oren, mangga dan juga kiwi. Bukan sahaja sedap malahan mempunyai vitamin A,C dan beta karoten. Buah-buahan ini juga membantu menguatkan tulang dan juga melancarkan system penghadaman kita.

 
TENUSU
 
Pastikan anda memilih produk tenusu yang asli dan segar. Produk tenusu mengandungi khasiat yang tinggi kalsium,membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun. Ia juga sumber protein yang baik.



DAGING DAN KEKACANG
 
Soya dan juga tauhu memang bagus untuk kesihatan dengan mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, tinggi kandungan asid lemak,pelbagai vitamin dan juga fiber.Daging kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium.
 


IKAN SALMON
 

Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protien, vitamin D, selenium dan vitamin B6. Anda boleh membuat sendiri resepi salmon mengikut citarasa anda, namun titik beratkan cara pembuatannya dimana kurangkan penggunaan minyak dan juga bahan yang boleh memusnahkan zat yang ada di dalam makanan ini.



Thank you for reading this entry!

RESTORAN SABA- CYBERJAYA

As salamualai'kum


Restoran SABA kalau sesiapa di area cyberjaya mesti tau restoran yang terkenal dengan masakan arab nyerrr..pemilik restoran ni datang dari yaman sendiri yang telah menetap di malaysia.. masakan memang terbaik taw..
restoran ni sangat ramai dengan kunjungan pelanggan dan service die ok dan cepat!
 
Ini adalah Chicken Mandi sedapp dan banyak nasi yang dihidangkan tuu..huh memang susah nak habis..heeuuwww!

Ini pulak Lamb Kabshah..lembut sangat daging nyer...puas hati!

Curry Potato ni pulak kena ambik sendiri..so kiteorang balun 2-3 mangkuk hehehe...

cili + tomato sememangnya sedapp...senang panggil sambal belacan arab je hahaha tapi yang ini xde belacan ok..

air Mix Fruit dan orange juice..
air ni diorang letak dalam cawan plastik je senang nak bawak kot kalau sesiapa tak habis minum atau senang bagi mereka =)

=')

Berbaloi baloi makan kat sini... harga untuk 2 orang makan ni RM70.00 mahal lar jugak sebab 2 orang aje makan.. sekali sekala boleh larr weeee.. lets try ^ ^


SABA RESTAURANT
4801-0-2 Ground Floor
CBD Perdana, Persiaran Perdana,
63000 Cyberjaya, Selangor
Tel: 03 - 83202544