Tuesday, 12 June 2012

MAKANAN SIHAT

As salamualai kum

Mari kita tengok jenis-jenis makanan berkhasiat yang bagus untuk badan kita!

BIJIRIN

Untuk pengetahuan semua, bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding beras putih yang telah diproses. Beras putih yang telah diproses akan menghapus vitamin, zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan dalam badan. Khasiat bijirin adalah meningkatkan tahap imun (ketahanan) dalam diri, merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko diabetes, menghalang obesiti, sakit jantung mengurangkan asma dan bermacam-macam lagi. Antara makanan yang diperbuat dari bijirin adalah roti, pasta,oat dan nestum.

SAYURAN

Ubi keledek lebih kurang kalori berbanding ubi kentang, ianya juga lebih manis dan memiliki vitamin c dan fiber yang diperlukan badan. Ubi keledek juga mampu menghalang dari penyakit kanser, mengurangkan kolestrol dan meningkat ketahanan diri. Banyak kajian menunjukkan ubi keledek lebih berkhasiat berbanding sayuran lain seperti, lobak merah, brokoli dan bayam. Makanan ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga sekitar berusia 6 bulan. Makanan ini memang sesuai untuk makanan pertama bayi.


Cili benggala amat tinggi dengan kandungan vitamin c dan juga merupakan sumber vitamin dan mineral. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari. Cili benggala merah juga amat baik untuk kesihatan.Bayam sangat berkhasiat dimana mengandungi beta karoten, zat besi, kalsium, vitamin B6.


BUAH-BUAHAN

Antara buah buahan yang menjadi pilihan untuk mendapatkan zat yang mencukupi adalah buah pisang, buah oren, mangga dan juga kiwi. Bukan sahaja sedap malahan mempunyai vitamin A,C dan beta karoten. Buah-buahan ini juga membantu menguatkan tulang dan juga melancarkan system penghadaman kita.

 
TENUSU
 
Pastikan anda memilih produk tenusu yang asli dan segar. Produk tenusu mengandungi khasiat yang tinggi kalsium,membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun. Ia juga sumber protein yang baik.



DAGING DAN KEKACANG
 
Soya dan juga tauhu memang bagus untuk kesihatan dengan mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, tinggi kandungan asid lemak,pelbagai vitamin dan juga fiber.Daging kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium.
 


IKAN SALMON
 

Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protien, vitamin D, selenium dan vitamin B6. Anda boleh membuat sendiri resepi salmon mengikut citarasa anda, namun titik beratkan cara pembuatannya dimana kurangkan penggunaan minyak dan juga bahan yang boleh memusnahkan zat yang ada di dalam makanan ini.



Thank you for reading this entry!

2 comments:

  1. terjumpa info ni, pasal pisang… sharing is caring :) - Khasiat Pisang

    ReplyDelete
  2. orite.. tp tak seberapa pun info :)

    ReplyDelete