Wednesday 26 September 2012

BAGAIMANA NAK TAU PRODUK ITU ADA SIJIL HALAL JAKIM???

As salamualai'kum
 
 
Sekarang ni berbagai-bagai produk makanan kita tidak tahu status halal nya.. lebih-lebih lagi produk makanan yang dikilangkan dari kilang yang pemiliknya bukan bumiputera(cina,india dsb) tapi tidak semestinya produk makanan mereka haram kerana mereka juga tahu penduduk Islam di malaysia mempunyai rata-rata 61.3% rujukan 
 
So dalam pada itu, kita perlu lebih menitikberatkan dan prihatin terhadap isu-isu makanan halal di malaysia..
 
Dalam firman Allah swt :
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)


Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.

 

Ikut cara kat bawah ni!! mengenalpasti samada makanan itu telah sah sijil halalnya dari JAKIM ataupun tidak !!! mula2 klik website HALAL dan jumpa lar page seperti di bawah ni..




klik seperti arrows biru ni:


pilih mana direktori untuk di cari dan klik!




Taip nama produk dan klik cari!! senarai jawapannya akan tertera di bawah...
Okey semua, MAMEE still valid lagi so no doubtfull anymore =) heeehe
 
Thank You for reading this entry!


Tuesday 25 September 2012

Mohd Chan Abdullah Bandar Baru Bangi

As salamualai'kum
 
heee...setelah sekian lama x  jejalan2 cari makan! huh akhirnya aku dengan semangat nya memilih restoran Mohd Chan..xpernah try pun sebelum ni taaapi disebabkan perasaan ingin tahu apa yang best sesangat kat restoran nih..
 
 
 pemilik restoran ni adalah cina muslim..nak tau lebih detail boleh lerr ke laman web ni, sila klik sini! 
 
 
time ni kiteorang Order pun tak banyak menu sangat..yelar dalam proses 'sensory evaluation' katekan..buehahaha!!
 
Ini adalah Mee Wantan BBQ...sodaapp taw!!

 
Yang Ini Pulak Nasi Ayam Itik...Sodapp jugak..Taapi itik ke ayam? aku pun tak tahu,bagi aku rasanya sama jerr..hahaha..masih praktis dalam mengenal rasa itik dan ayam..kihkih
sebelah nyer tuu adalah Dim sum mushroom...yang ini tersangat larr sedappnyerr..sebelum balik tuu kiteorang sempat order lagi satu set..sedap punya pasal...
 
Harga makanan di restoran ni pun sangat2 memuaskan hati...tak terlalu mahal dan yang penting makanan di restoran ni Halal dan sedaap..dan pastinya membuat pelanggannyer akan datang balik ke restoran ni..
sesiapa di area bangi boleh tengok maps kat bawah ni :
 
 
 
Pada 5 Ogos lepas aku telah menyambut birthday aku yang ke 24..huh dengar macam dah tua pulak...pape pun umur adalah angka semata2..hahaha..terima kasih pada yang mengingatii ^^ dan hadiah ni yang sangat dan paling istimewa =') tq..

 
thank you for reading this entry!

 
 

Wednesday 8 August 2012

PAHALA SEOARANG WANITA

Untuk sahabat yang telah berkahwen dan telah bertunang .. ^ ^

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.
Pandangan:

Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


Tuesday 7 August 2012

SOLAT YANG DI TINGGALKAN

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

 
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

 
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

 
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”

THANK YOU FOR READING THIS ENTRY !

GAMBARAN HARI KIAMAT

'HANYA GAMBARAN'

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya
 “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
 
"HANYA GAMBARAN"
 
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

"HANYA GAMBARAN"

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

"HANYA GAMBARAN"

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

THANK YOU FOR READING THIS ENTRY !

Wednesday 4 July 2012

Majlis Kawen My Big Big Brother!!

As salamualai'kum


Ini adalah majlis perkahwinan My Big Big Brother.. memang larr dorang dah lame kawen dah basi pun kehkehkeh.. but still nak jugak update pasai perkahwinan mereka..haha.. mane tau ada yang nak kawen tu masih mencari carik tema boleh rujuk merujuk tema kawen korang ..PEACE !!


Tema wane Big Brother aku yg sulong nih wane Merah hati tp Family kiteorang sume wane Purple..tarak boley sama dengan pengantin taw! takut2 yang laen terover pulak dr pengantin weeee.....



Gelang emas putih untuk isterinya yang tersayang sebagai upacara
 membatalkan air sembahyang





Selamat Pengantin Baru !! dah ade anak da ponn ^^


Ini pulak perkahwinan Big Brother aku yang kedua... jarak antara Majlis kawen 
Big Brother aku yang sulong lebih kurang 3bulan agak dekat jarak tuuu..heeee...
  
Tema Big Brother aku ni wane turqoise2 gitu same larr dgan family sume wane turqoise ^^
majlis nikah wane gold pulak..



masih menunggu ketibaan pengantin yang tak siap2 lagi !


Orang kuat pihak Pengantin nih..kihkih

Macam lapo jer pengantin tuuu..hahahaha!

Selamat Pengantin Baru !!.. juga dah ada anak..!! Tahniah sekali lagi




Thank you for reading this entry !

Monday 25 June 2012

ISU HALAL Tiada Penghujung..


as salamualai'kum

apa itu keserasian Halal dengan Agama lain yer!!!
 


Sebenarnya halal merupakan kayu ukur yang bersumberkan syariat islam secara mutlak dan semestinya bertentangan dengan amalan masyarakat Barat dan Asia yang tidak bercirikan islam.

kebanyakkan perkara-perkara yang melibatkan Halal-Haram makanan pada Asasnya dalam agama islam, agama samawi (kristian) dan yahudi (ahli kitab) ini tidak jauh berbeza !

Pada Dasarnya yang jelas Al-Quran memberi pengiktirafan bahawa makanan Ahli kitab adalah Halal bagi orang islam dan makanan orang islam halal bagi mereka (al-Maidah:5)

Tetapi apa yang berlaku! penganut mereka memprotes teks asal agama mereka..
Contoh nya : Daging babi, Binatang yang tidak di sembelih, Bangkai, dan minuman beralkohol atau arak! ini boleh di rujuk dalam perjanjian lama dan Baru Bibel..Ekoran itu Amerika pernah mengharamkan rakyatnya mengambil arak dan akan dikenakan hukuman berat kepada sesiapa yang ingkarinya pada abad ke-18. Memandangkan ramai rakyatnya suka meminum arak Dan peraturan tersebut telah dibatalkan!


Orang yahudi menamakan makanan Halal mereka sebagai Kosher dan bagi orang kristian tiada nama pengenalan khusus. Penganut Yahudi hari ini dari segi prinsipnya masih berpegang kepada ajarannya mengenai pengambilan makanan. Tetapi dalam sesetengah keadaan makanan Kosher mereka membenarkan penggunaan beralkohol (arak) dan sebarang unsur babi dalam produk makanan! disebabkan ini lah ramai yang gagal memahaminya termasuk mereka yang belajar dalam bidang pengajian islam yang bergantung kpd pembacaan buku-buku dan kitab-kitab sahaja.


Kekeliruan ini timbul disebabkan sesetengahnya tidak memahami antara pengertian Ahli Kitab dan Amalan Kosher di kalangan Yahudi sendiri yang bercanggah dengan syariah Islam!

Selain dari dua agama Samawi yang berpengaruh ini.. Ajaran Confucius yang terkandung dalam Confucian Book Of Rites semenjak ribuan tahun dahulu juga tidak menggalakkan pengikutnya memakan Babi dan Anjing ! dan sesiapa yang mengambilnya dianggap rendah Budi Pekertinya!


Begitu juga ajaran Budhha melarang pengamalnya mengambil sebaran bentuk yang memabukkan seperti yang tercatat dalam The Teaching Of Buddha (Bab 2:iii).

Ajaran hindu juga tidak menimbulkan pertentangan dari segi prinsipnya kerana penganutnya di tuntut hanya memakan sayur-sayuran.
  


Dikalangan vegetarian terutamanya, membenarkan alkohol dalam pemakanan mereka seperti 'Dressing', sos dan pewarna Vanilla...
Malahan ramai di kalangan mereka suka menggunakan arak sebagai bahan resepi dalam masakan.

Menurut Daily Telegraph, London yang di siarkan pada 2001 menyatakan kerajaan Hindu Gujarat India begitu rancak mempromosikan penggunaan air kencing Lembu yang dianggap sebahagian daripada Vegetarian isme krn ia merupakan satu pemberian tuhan..!
Dalam islam penggunaan arak dan air kencing binatang adalah Haram dan Amat bertentangan sekali dalam konsep Halal samada bagi makanan atau minuman..


Sungguhpun Konsep halal ini mempunyai pengertian yang tersendiri yang membezakan dgn yang lain adalah disebabkan berlakunya percanggahan adalah hasil daripada pembawaan penganut agama Samawi mahupun Agama Buddha itu sendiri.

Pendekatan prinsip Halal dalam syariat Islam dapat di terima oleh semua demi kepentingan keselamatan manusia tanpa mengira latar belakang kepercayaan.



Dalam analisis ahli Fiqh Islam.. ajaran Yahudi lebih banyak mengharamkan makanan sehingga mendatangkan kesulitan manakala Ajaran Kristian pula begitu mudah menghalalkan sesuatu secara mutlak!

Diantara dua keterlaluan ini, islam menawarkan kesederhanaan dengan tidak mudah mengharam dan tidak mudah menghalalkan sesuatu..dimana penilaian dibuat berdasarkan syariah demi memelihara kepentingan fitrah manusia...


Thanks for reading this entry !



Tuesday 12 June 2012

MAKANAN SIHAT

As salamualai kum

Mari kita tengok jenis-jenis makanan berkhasiat yang bagus untuk badan kita!

BIJIRIN

Untuk pengetahuan semua, bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding beras putih yang telah diproses. Beras putih yang telah diproses akan menghapus vitamin, zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan dalam badan. Khasiat bijirin adalah meningkatkan tahap imun (ketahanan) dalam diri, merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko diabetes, menghalang obesiti, sakit jantung mengurangkan asma dan bermacam-macam lagi. Antara makanan yang diperbuat dari bijirin adalah roti, pasta,oat dan nestum.

SAYURAN

Ubi keledek lebih kurang kalori berbanding ubi kentang, ianya juga lebih manis dan memiliki vitamin c dan fiber yang diperlukan badan. Ubi keledek juga mampu menghalang dari penyakit kanser, mengurangkan kolestrol dan meningkat ketahanan diri. Banyak kajian menunjukkan ubi keledek lebih berkhasiat berbanding sayuran lain seperti, lobak merah, brokoli dan bayam. Makanan ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga sekitar berusia 6 bulan. Makanan ini memang sesuai untuk makanan pertama bayi.


Cili benggala amat tinggi dengan kandungan vitamin c dan juga merupakan sumber vitamin dan mineral. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari. Cili benggala merah juga amat baik untuk kesihatan.Bayam sangat berkhasiat dimana mengandungi beta karoten, zat besi, kalsium, vitamin B6.


BUAH-BUAHAN

Antara buah buahan yang menjadi pilihan untuk mendapatkan zat yang mencukupi adalah buah pisang, buah oren, mangga dan juga kiwi. Bukan sahaja sedap malahan mempunyai vitamin A,C dan beta karoten. Buah-buahan ini juga membantu menguatkan tulang dan juga melancarkan system penghadaman kita.

 
TENUSU
 
Pastikan anda memilih produk tenusu yang asli dan segar. Produk tenusu mengandungi khasiat yang tinggi kalsium,membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun. Ia juga sumber protein yang baik.



DAGING DAN KEKACANG
 
Soya dan juga tauhu memang bagus untuk kesihatan dengan mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, tinggi kandungan asid lemak,pelbagai vitamin dan juga fiber.Daging kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium.
 


IKAN SALMON
 

Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protien, vitamin D, selenium dan vitamin B6. Anda boleh membuat sendiri resepi salmon mengikut citarasa anda, namun titik beratkan cara pembuatannya dimana kurangkan penggunaan minyak dan juga bahan yang boleh memusnahkan zat yang ada di dalam makanan ini.



Thank you for reading this entry!

RESTORAN SABA- CYBERJAYA

As salamualai'kum


Restoran SABA kalau sesiapa di area cyberjaya mesti tau restoran yang terkenal dengan masakan arab nyerrr..pemilik restoran ni datang dari yaman sendiri yang telah menetap di malaysia.. masakan memang terbaik taw..
restoran ni sangat ramai dengan kunjungan pelanggan dan service die ok dan cepat!
 
Ini adalah Chicken Mandi sedapp dan banyak nasi yang dihidangkan tuu..huh memang susah nak habis..heeuuwww!

Ini pulak Lamb Kabshah..lembut sangat daging nyer...puas hati!

Curry Potato ni pulak kena ambik sendiri..so kiteorang balun 2-3 mangkuk hehehe...

cili + tomato sememangnya sedapp...senang panggil sambal belacan arab je hahaha tapi yang ini xde belacan ok..

air Mix Fruit dan orange juice..
air ni diorang letak dalam cawan plastik je senang nak bawak kot kalau sesiapa tak habis minum atau senang bagi mereka =)

=')

Berbaloi baloi makan kat sini... harga untuk 2 orang makan ni RM70.00 mahal lar jugak sebab 2 orang aje makan.. sekali sekala boleh larr weeee.. lets try ^ ^


SABA RESTAURANT
4801-0-2 Ground Floor
CBD Perdana, Persiaran Perdana,
63000 Cyberjaya, Selangor
Tel: 03 - 83202544