Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka
Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama
dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1
tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun
belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka,
bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu
mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang
mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah,
sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita
meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah
kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang
meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu
dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah
berdosa kepada Allah SWT.”
THANK YOU FOR READING THIS ENTRY !
No comments:
Post a Comment