as salamualai'kum
apa itu keserasian Halal dengan Agama lain yer!!!
Sebenarnya halal merupakan kayu ukur yang bersumberkan syariat islam secara mutlak dan semestinya bertentangan dengan amalan masyarakat Barat dan Asia yang tidak bercirikan islam.
kebanyakkan perkara-perkara yang melibatkan Halal-Haram makanan pada Asasnya dalam agama islam, agama samawi (kristian) dan yahudi (ahli kitab) ini tidak jauh berbeza !
Pada Dasarnya yang jelas Al-Quran memberi pengiktirafan bahawa makanan Ahli kitab adalah Halal bagi orang islam dan makanan orang islam halal bagi mereka (al-Maidah:5)
Tetapi apa yang berlaku! penganut mereka memprotes teks asal agama mereka..
Contoh nya : Daging babi, Binatang yang tidak di sembelih, Bangkai, dan minuman beralkohol atau arak! ini boleh di rujuk dalam perjanjian lama dan Baru Bibel..Ekoran itu Amerika pernah mengharamkan rakyatnya mengambil arak dan akan dikenakan hukuman berat kepada sesiapa yang ingkarinya pada abad ke-18. Memandangkan ramai rakyatnya suka meminum arak Dan peraturan tersebut telah dibatalkan!
Orang yahudi menamakan makanan Halal mereka sebagai Kosher dan bagi orang kristian tiada nama pengenalan khusus. Penganut Yahudi hari ini dari segi prinsipnya masih berpegang kepada ajarannya mengenai pengambilan makanan. Tetapi dalam sesetengah keadaan makanan Kosher mereka membenarkan penggunaan beralkohol (arak) dan sebarang unsur babi dalam produk makanan! disebabkan ini lah ramai yang gagal memahaminya termasuk mereka yang belajar dalam bidang pengajian islam yang bergantung kpd pembacaan buku-buku dan kitab-kitab sahaja.
Kekeliruan ini timbul disebabkan sesetengahnya tidak memahami antara pengertian Ahli Kitab dan Amalan Kosher di kalangan Yahudi sendiri yang bercanggah dengan syariah Islam!
Selain dari dua agama Samawi yang berpengaruh ini.. Ajaran Confucius yang terkandung dalam Confucian Book Of Rites semenjak ribuan tahun dahulu juga tidak menggalakkan pengikutnya memakan Babi dan Anjing ! dan sesiapa yang mengambilnya dianggap rendah Budi Pekertinya!
Begitu juga ajaran Budhha melarang pengamalnya mengambil sebaran bentuk yang memabukkan seperti yang tercatat dalam The Teaching Of Buddha (Bab 2:iii).
Ajaran hindu juga tidak menimbulkan pertentangan dari segi prinsipnya kerana penganutnya di tuntut hanya memakan sayur-sayuran.
Dikalangan vegetarian terutamanya, membenarkan alkohol dalam pemakanan mereka seperti 'Dressing', sos dan pewarna Vanilla...
Malahan ramai di kalangan mereka suka menggunakan arak sebagai bahan resepi dalam masakan.
Menurut Daily Telegraph, London yang di siarkan pada 2001 menyatakan kerajaan Hindu Gujarat India begitu rancak mempromosikan penggunaan air kencing Lembu yang dianggap sebahagian daripada Vegetarian isme krn ia merupakan satu pemberian tuhan..!
Dalam islam penggunaan arak dan air kencing binatang adalah Haram dan Amat bertentangan sekali dalam konsep Halal samada bagi makanan atau minuman..
Sungguhpun Konsep halal ini mempunyai pengertian yang tersendiri yang membezakan dgn yang lain adalah disebabkan berlakunya percanggahan adalah hasil daripada pembawaan penganut agama Samawi mahupun Agama Buddha itu sendiri.
Pendekatan prinsip Halal dalam syariat Islam dapat di terima oleh semua demi kepentingan keselamatan manusia tanpa mengira latar belakang kepercayaan.
Dalam analisis ahli Fiqh Islam.. ajaran Yahudi lebih banyak mengharamkan makanan sehingga mendatangkan kesulitan manakala Ajaran Kristian pula begitu mudah menghalalkan sesuatu secara mutlak!
Diantara dua keterlaluan ini, islam menawarkan kesederhanaan dengan tidak mudah mengharam dan tidak mudah menghalalkan sesuatu..dimana penilaian dibuat berdasarkan syariah demi memelihara kepentingan fitrah manusia...
Thanks for reading this entry !
No comments:
Post a Comment